Monday 14 May 2012

D3T1K P3RMUL44N B3RK3N4L4N D4N B3RAKH1R D3NG4N 1MP1AN

SH13M4 & 4RD13


  Detik pertemuan ku masa di Kuala Lumpur pada tarikh 3/12/2011..Di situlah kali pertama aku dan si dia berjumpa buat kali pertama dan mula mengenal hati masing-masing...Perjumpaan kali tu lah aku membuat keputusan mengambil dia sebagai KEKASIH HATIKU.Sebelum ni aku berkenalan melalui laman video chat iaitu CAMFROG kemudian mendapat no telefon melalui FACEBOOK dan mula berkomunikasi melalui handphone.Masa tu aku hanya kawan je takda hati langsung tapi dia cuba mengenali aku dan memberi tahu yang dia suka padaku..Huhhhhh....Rasa macam mimpi je dan aku tak berharap sangat sebab aku dah banyak kali di kecewakan oleh lelaki..Aku beri penjelasan pada dia sekiranya mahu pada aku aku tak mahu cinta lama-lama dan terus ke arah kebaikan iaitu bertunang dan seterusnya nikah,....Bukan bermaksud aku ni gatal ke nak benda bukan-bukan tapi untuk kebaikan dari membuat perkara yang tidak baik.Kalau dia tahu mahu jadi x payah la bercinta sebab aku dah rimas dengan cinta lama-lama ni.Tapi dia serius dengan aku dan aku kata kita berjumpa baru la aku sendiri membuat keputusan.Masa aku jumpa di Kuala Lumpur tu ada mengadakan perjumpaan bersama kawan-kawan internet CAMFROG.Dari situ lah dia jumpa aku dan aku tak sabar nak pergi perjumpaan tu bukan kerana dia tapi kerana kawan-kawan.Semasa aku pergi ke KL tu aku merasa takut sangat sebab nak jumpa si dia yang mahu pada ku.Bila dah bersua aku dah membuat keputusan aku terima dia sebagai KEKASIH HATIKU.Di dalam hati ni boleh terima dia dan rasa dia lah jodoh buatku..Gambar di atas la detik perjumpaan kami buat kali pertama.Selepas berjumpa 6/12/2011 dia kena terbang ke Serawak jadi tidak la aku berjumpa dengannya.Masa tu dia kali pertama bertukar tempat keje dari Taiping ke Serawak..
 Setelah 4 bulan berlalu,aku berjumpa dengannya buat kali ke dua.Perjumpaan kali ini amat terindah bagi ku kerana aku bertunang dengannya.Kami bersetuju untuk merisik sekali bertunang kiranya dua dalam satu la.Lagi pun masing-masing duduk jauhkan.Dia berasal dari Kemaman,Terengganu sanggup menghantar rombongan mereka yang jauh datang meminang untukku.Sebanyak 5 kereta yang datang dari Terengganu.Ramai kan..hehehehe..Gambar di atas adalah baju pertunangan ku yang di beli oleh si dia.Pilihan dari ku beli di Butik Wanita.
  Memang mula-mula nak sangat ada pelamin tapi bertukar tidak sebab katanya nak buat persiapan biasa-biasa je.Maklumlah mula-mula pikir nak nak bertunang pastu tukar ke merisik je..Masa ni kepala ku sudah pening ,sekejap merisik sekejap bertunang..huh..Mana satu la kan...Akhirnya kata sepakat dan fikir muktamad kami buat merisik sekali tunang jadi ada la pelamin..Alhamdullilah impianku nk ada mini pelamin dapat di tunaikan.Pelamin ini di taja oleh akak sekerja ku,lihat hasil kreativitinya cantikkan.Bagiku nak mini pelamin yang biasa je tapi dapat lebih dari luar biasa.Terima kasih kak Yatie.Gambar atas tu la mini pelamin idamanku.Cantik tak??Hehehe.....Tapi tema dah macam rojak pulak baju kuning pelamin pink pulak.Tak apelah...Heheehee...Belasah sahaja janji nampak kelainan kan..
  Inilah hantaran yang dapat di kongsikan bersama.Gambar di atas tak semua hantaran di tunjukkan.Hantaran belah aku,aku sendiri yang gubah.Cantik tak?Aku memang suka sangat bak kraftangan ni.Hantaran sebelah lelaki pulak sedara dia yang buat..Huh....Memang lagi cantik hantaran belah sanakan siap ada rama-rama terbang tau..Cadang hantaran 5dulang berbalas 7dulang tapi rezeki belah lelaki dapat la ku balas dari 7 ke 9dulang.Biasa la selalunya belah perempuan ni memang bagi terlebih punya..


  Gambar yang di bawah meh shiema terangkan satu persatu....
Masa ini jantungku berdegup laju sebab rombongan mereka dah tiba.Menggeletar sebab pertama kali nk jumpa keluarga dia..huhuhu...Bak kata orang putih la kan Nervous..Tengah mengaminkan doa masa ni.
Suka sangat tau bakal mak mertua sarungkan dua bentuk cincin di jariku..Juru camera ramai betol rasa dah macam artis pulak.Lagi lama mak dia pegang tangan ku lagi menggeletar jari jemariku...
  Yang ni memang tak boleh bertentangan mata sebab aku tak boleh memandang sebab rasa macam dia nak makan saya pulak..hehhe....Gambar ni banyak kali ambil tapi banyak x jadi inilah gambar pilihan yang terbaik.Malunyer nak pandang memandang ni,selalunya pandangan pakwe sekarang tunangan pulak..hihihi...
  Kawan-kawan ku inilah yang menemaniku sepanjang habis perjalanan majlis pertunanganku.Sayang semua ketat-ketat..Walaupun ada yang memboyot dan ada yang membwa anak sanggup juga datang.
  Dah selesai apa lagi pergi bergambar di luar la pulak.Lokasi di pantai Sungai Burung.Memang menarik tempatnya..Gambar ni edit sendiri.OKx?
  Lihat la wajahku...Cantik tak solekkan tu....Haaaa...Sudah tentulah sentuhan dari kawan ku iaitu Pn Rozita.Dia memang juru solek.Agak-agak berkenan leh aku bagi nombor telefon...
   Inilah hasil gambar yang ku edit siap ada logo Camfrog lagi.Selesai juga majlis pertunanganku..Aku sangat bersyukur pada yang maha Esa sebab segala impian kami dan rancangan kami dah termakbul.Rasa macam mimpi pulak..Tapi dah realiti aku dah tunangan orang jadi aku kene berubah la yew..Jangan nak gatal-gatal lagi..hihihi...Semoga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.Amin.
Sebelum di pulang ke Serawak sempat lagi aku membuat apam polkadot untuknya...Air tangan tunangnyer mesti kene rasakan...Tak pernah dia merasa sebelum ni.Gambar di atas bagi dia bekal untuk pulang.


  Perjumpaan akhir sebelum dia berangkat ke Serawak.Gambar ni dia di rumah ku..Suka sngat jumpa dia rasa makin-makin sayang pulak tak mahu lepaskan dia Serawak..Mmmmm...Sedihh dia mahu pulang....Tapi akan ku tunggu masa akan datang,insyaallah kami akan berjumpa kali ke empat untuk bernikah..Doakan lah kami semoga terlaksana erk..Insyaallah perancangan mungkin hujung tahun atau awal tahun depan.Semoga segalanya apa yang kita rancangkan di makbulkanlah dan di berkati oleh ALLAH S.W.T.Amin..

No comments:

Post a Comment