Tuesday 29 May 2012

~T4NT3K CH0C~


D3SIGN FROM K4K 3ZA

Cantik kan....Kak eza yang buatkn design ni hanya untuk saya..Cewahhh.....Kak Eza ni Shiema kenal di Camfrog tau...Semoga coklat ni selamat la sampai ke Serawak dengan baiknya dan semoga si dia amat suka la...Ok Shiema nak promot kalau sesiapa nak tempah coklat leh la ke http://www.facebook.com/ezaafiza.yusuf ...Macam-macam ada..Korang klik n lihat la sendiri erk...Shiema berpuas hati la.Kalau tengok mau tak nak makan sebab cantik sangat tu yang sayang...Apapun TQ kak..Lain kali Shiema order lagi...Pe lagi cepat la tempah erkkk.Salam....

~MY B4M BAM~

N3W P!CTUR3

Waaaaaaaa....Muka saya dah makin naik la...Cer tengok pipi dah macam apam...Korang bgi la tips ker petua ker untuk bagi saya kurus..Shiema suka kata nak kurus tapi tak kurus juga..Mmmmmmm so sad.Bagi tahu cik abang comfirm kata tak apa abang tetap suka..Adehhhh...makin debab la macam ni....Tolong-tolong saya nak kurus!!.....

~MY BISCU1T~

CHOCOL4T3 R!C3 C0OK13S



 L1L!Y AZIY4NT1 ORDER

Ni lah biskut buatan tangan dariku..huhuhu....Selalu hari raya je kan...Ni mambe order untuk dia nk bagi goodes kat kawan-kawan sebab dia nak kawen....Tahniah BFF.....Memikirkan biskut ni lagi bape bulan je nak raya...Insyaallah ada rezeki tahun ni ada la buat biskut ni..Biskut ni memang sedap..cehhh...nk promot plak..tapi memang betol pun..Di hari raya kalau letak sebalang kene plak budak-budak pasti tinggal balang je..hehehhe..Ada rezeki saya buat bisnes sikit-sikit la erkk...Moga-moga di berkati olenNYA..Amin..


Thursday 17 May 2012

~I L1K3 PUL4U L4NGK4YAN ~



Lankayan Island Dive Resort 

Ni lah tempat yang indah..Mesti korang nak pergikan...Tempat percutian ni boleh menenangkan pikiran punya lah..Kalo korang nak tahu saya suka Pulau Langkayan ni..MR??? ada cakap tempat ni lah yang best di Sabah.Dia penah pergi masa operasi di sana..Antara pulau di Sabah dia kata pulau ni lah yang paling seronok bukan dia sorang je kata,ada beberapa orang juga la cakap yang sama.Sekali cek dekat youtube memang best kalau dapat menikmati segala ciptaan Tuhan sungguh indahkan??..Saya suka menyelam ni walaupun ada takut keberanian tu ada la dalam 50%....huhuhu..Apapun suatu hari nanti saya akan jejak di sini juga bersama MR???.Nanti dah kahwin la..Sekarang belum kawin payah nak berjalan-jalan sangat kene ikat dengan keluarga(tak boleh nak suka-suka sangat la).Andai sampai seru untuk kami nsyaallah apa yang dia cakapkan menjadi kenyataan buatku...Idea nak bulan madu di sini tapi kami mampu merancang Tuhan yang menetukan...Hehehehe...Semoga segala impian aku dan dia mnjadi realiti...Amin....Apa lagi cepat kumpul duit banyak-banyak kita pergi sana.Nak tunggu saya lambat lagi la.Saya nak tunggu orang sponsor itu pun kalau dapat..


B1NGK1S4N H1DUP




SP3C14L D34R


I L0VE U

Cantik tak choc bar tu????Saya nak bagi MR???..Saya tak sabar nak menunggu MR??? call saya....Walaupun kita berjauhan kene juga buat something yang specialkan.Ni lah dapat ku tunjukkn kasih sayang walaupun tak bape nak mahal la.Biar dari jauh dia ingat padaku.Walaupun kita berjauhan saya tetap sayang pada MR???...Penat nak pikir apa nak bagi yang special akhirnya ini la ideanya..Tunggu minggu depan apa reaksinya...Dia suka saya pun suka..Cuma satu pintaku jangan la dikau melupakan daku..

INGAT PESANANKU:


DAN AKU SENTIASA BERDOA:


Semoga keujuran ,keikhlasan dan kejujuran masih ada di dalam diri masing-masing.Amin...

Monday 14 May 2012

F4M1LY Xox_Warung_Club_Sempoi_xoX

Kenangan terindah pabila bersama mereka.Walaupun ada segelintir mengatakan jumpa kawan internet ni bahaya tapi alhamdullilah la kerana mereka memang baik sangat-sangat.Payah nak jumpa mereka sekali jumpa pasti nak lagi.Bila berpisah dengan dorang aku merasakan sedih sebab bila akan bersua lagi.Masing-masing duduk jauh kan.Apa-apapun korang kawan yang terbaik...Insyaallah nanti aku kahwin mesti jemput korang punyer.Room Xox_Warung_Club_Sempoi_xoX tetap terpahat di hatiku..Dalam video ini nampak keriangan mereka apabila bersua bersama teman-teman.Insyaallah kita akan berjumpa lagi bila ada perjumpaan..

MY L0V3LY S1ST3R

Ni kak Siti Fatimah Abdul Hamid, nasib bapak tak sama.Korang nak tahu tak ni sapa,ni lah akak kesayangan ku.Kami berkawan dari kecil dah macam satu keluarga.Dia memang baik,jasanya tak kan ku lupakan sebab dia lah orang kuat masa majlis pertunanganku.Dah macam-macam akak ni berhabis dari segi kuderat dan wang ringgit..Mmmmm...Malu rasanya...Dah macam kakak sendiri tau.Cikgu kita ni tau, mengajar ku dari buta huruf sampai jadi ke celik huruf..Suatu masa akan ku balas jasamu kak..Sayang akak sebab sanggup berkorban untuk Shiema.Sayang akak selamanya.....Jasamu tetap ku kenang.Muahhhhhh banyak-banyak..

H4SIL D4R1 MR L0V3 KU

Video ini tunangku yang beri padaku.Memang sangat terkejut dan rasa istimewa buatku.Bila lihat sampai habis rasa mengalir airmata ini bukan bermakna sedih tapi rasa terharu sangat sebab video ni dia yang edit sendiri.Semoga semua terhibur dengan video ini.
Love U Dear.

D3T1K P3RMUL44N B3RK3N4L4N D4N B3RAKH1R D3NG4N 1MP1AN

SH13M4 & 4RD13


  Detik pertemuan ku masa di Kuala Lumpur pada tarikh 3/12/2011..Di situlah kali pertama aku dan si dia berjumpa buat kali pertama dan mula mengenal hati masing-masing...Perjumpaan kali tu lah aku membuat keputusan mengambil dia sebagai KEKASIH HATIKU.Sebelum ni aku berkenalan melalui laman video chat iaitu CAMFROG kemudian mendapat no telefon melalui FACEBOOK dan mula berkomunikasi melalui handphone.Masa tu aku hanya kawan je takda hati langsung tapi dia cuba mengenali aku dan memberi tahu yang dia suka padaku..Huhhhhh....Rasa macam mimpi je dan aku tak berharap sangat sebab aku dah banyak kali di kecewakan oleh lelaki..Aku beri penjelasan pada dia sekiranya mahu pada aku aku tak mahu cinta lama-lama dan terus ke arah kebaikan iaitu bertunang dan seterusnya nikah,....Bukan bermaksud aku ni gatal ke nak benda bukan-bukan tapi untuk kebaikan dari membuat perkara yang tidak baik.Kalau dia tahu mahu jadi x payah la bercinta sebab aku dah rimas dengan cinta lama-lama ni.Tapi dia serius dengan aku dan aku kata kita berjumpa baru la aku sendiri membuat keputusan.Masa aku jumpa di Kuala Lumpur tu ada mengadakan perjumpaan bersama kawan-kawan internet CAMFROG.Dari situ lah dia jumpa aku dan aku tak sabar nak pergi perjumpaan tu bukan kerana dia tapi kerana kawan-kawan.Semasa aku pergi ke KL tu aku merasa takut sangat sebab nak jumpa si dia yang mahu pada ku.Bila dah bersua aku dah membuat keputusan aku terima dia sebagai KEKASIH HATIKU.Di dalam hati ni boleh terima dia dan rasa dia lah jodoh buatku..Gambar di atas la detik perjumpaan kami buat kali pertama.Selepas berjumpa 6/12/2011 dia kena terbang ke Serawak jadi tidak la aku berjumpa dengannya.Masa tu dia kali pertama bertukar tempat keje dari Taiping ke Serawak..
 Setelah 4 bulan berlalu,aku berjumpa dengannya buat kali ke dua.Perjumpaan kali ini amat terindah bagi ku kerana aku bertunang dengannya.Kami bersetuju untuk merisik sekali bertunang kiranya dua dalam satu la.Lagi pun masing-masing duduk jauhkan.Dia berasal dari Kemaman,Terengganu sanggup menghantar rombongan mereka yang jauh datang meminang untukku.Sebanyak 5 kereta yang datang dari Terengganu.Ramai kan..hehehehe..Gambar di atas adalah baju pertunangan ku yang di beli oleh si dia.Pilihan dari ku beli di Butik Wanita.
  Memang mula-mula nak sangat ada pelamin tapi bertukar tidak sebab katanya nak buat persiapan biasa-biasa je.Maklumlah mula-mula pikir nak nak bertunang pastu tukar ke merisik je..Masa ni kepala ku sudah pening ,sekejap merisik sekejap bertunang..huh..Mana satu la kan...Akhirnya kata sepakat dan fikir muktamad kami buat merisik sekali tunang jadi ada la pelamin..Alhamdullilah impianku nk ada mini pelamin dapat di tunaikan.Pelamin ini di taja oleh akak sekerja ku,lihat hasil kreativitinya cantikkan.Bagiku nak mini pelamin yang biasa je tapi dapat lebih dari luar biasa.Terima kasih kak Yatie.Gambar atas tu la mini pelamin idamanku.Cantik tak??Hehehe.....Tapi tema dah macam rojak pulak baju kuning pelamin pink pulak.Tak apelah...Heheehee...Belasah sahaja janji nampak kelainan kan..
  Inilah hantaran yang dapat di kongsikan bersama.Gambar di atas tak semua hantaran di tunjukkan.Hantaran belah aku,aku sendiri yang gubah.Cantik tak?Aku memang suka sangat bak kraftangan ni.Hantaran sebelah lelaki pulak sedara dia yang buat..Huh....Memang lagi cantik hantaran belah sanakan siap ada rama-rama terbang tau..Cadang hantaran 5dulang berbalas 7dulang tapi rezeki belah lelaki dapat la ku balas dari 7 ke 9dulang.Biasa la selalunya belah perempuan ni memang bagi terlebih punya..


  Gambar yang di bawah meh shiema terangkan satu persatu....
Masa ini jantungku berdegup laju sebab rombongan mereka dah tiba.Menggeletar sebab pertama kali nk jumpa keluarga dia..huhuhu...Bak kata orang putih la kan Nervous..Tengah mengaminkan doa masa ni.
Suka sangat tau bakal mak mertua sarungkan dua bentuk cincin di jariku..Juru camera ramai betol rasa dah macam artis pulak.Lagi lama mak dia pegang tangan ku lagi menggeletar jari jemariku...
  Yang ni memang tak boleh bertentangan mata sebab aku tak boleh memandang sebab rasa macam dia nak makan saya pulak..hehhe....Gambar ni banyak kali ambil tapi banyak x jadi inilah gambar pilihan yang terbaik.Malunyer nak pandang memandang ni,selalunya pandangan pakwe sekarang tunangan pulak..hihihi...
  Kawan-kawan ku inilah yang menemaniku sepanjang habis perjalanan majlis pertunanganku.Sayang semua ketat-ketat..Walaupun ada yang memboyot dan ada yang membwa anak sanggup juga datang.
  Dah selesai apa lagi pergi bergambar di luar la pulak.Lokasi di pantai Sungai Burung.Memang menarik tempatnya..Gambar ni edit sendiri.OKx?
  Lihat la wajahku...Cantik tak solekkan tu....Haaaa...Sudah tentulah sentuhan dari kawan ku iaitu Pn Rozita.Dia memang juru solek.Agak-agak berkenan leh aku bagi nombor telefon...
   Inilah hasil gambar yang ku edit siap ada logo Camfrog lagi.Selesai juga majlis pertunanganku..Aku sangat bersyukur pada yang maha Esa sebab segala impian kami dan rancangan kami dah termakbul.Rasa macam mimpi pulak..Tapi dah realiti aku dah tunangan orang jadi aku kene berubah la yew..Jangan nak gatal-gatal lagi..hihihi...Semoga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.Amin.
Sebelum di pulang ke Serawak sempat lagi aku membuat apam polkadot untuknya...Air tangan tunangnyer mesti kene rasakan...Tak pernah dia merasa sebelum ni.Gambar di atas bagi dia bekal untuk pulang.


  Perjumpaan akhir sebelum dia berangkat ke Serawak.Gambar ni dia di rumah ku..Suka sngat jumpa dia rasa makin-makin sayang pulak tak mahu lepaskan dia Serawak..Mmmmm...Sedihh dia mahu pulang....Tapi akan ku tunggu masa akan datang,insyaallah kami akan berjumpa kali ke empat untuk bernikah..Doakan lah kami semoga terlaksana erk..Insyaallah perancangan mungkin hujung tahun atau awal tahun depan.Semoga segalanya apa yang kita rancangkan di makbulkanlah dan di berkati oleh ALLAH S.W.T.Amin..