Monday 27 February 2012

~K3 S3D1H4NKU 4KH1RNY4 T3RJ4W4B~

  Kehidupan ini bagaikan roda..Kadang-kadang di atas kadang-kadang pula di bawah..Hidup ini macam-macam dugaan yang aku harungi..Dari dahulu aku bersedih sampai la sekarang,walaupn di luar aku nampak happy tapi di dalam sapa yang tahu kan..Dengar la rintihan ku ini......
   Sejak aku darjah 2 ke 3 kalau tak silap,aku dah mendengar perkataan 'anak angkat'.Masa tu aku tak tahu apa maksud nyer anak angkat..Aku pun tak mengambil pusing pasal benda tu..Masa tu aku rasa bahagia dengan family aku,apa je yang aku nak pasti dapat.Senang cerita kalau makan KFC sebulan berkali kali,masa tu aku manja dengan ayah sebab apa aku minta dengan ayah pasti akan dapat.Kalau ayah tak bagi aku akan merajuk selepas tu dia pujuk aku dan akhirnya dia beli kan juga barang yang aku ingin kan..Masa kecil-kecil dulu aku selalu main-main dengan kawan, masa tu ada musim nk main contohnye main gasing,kasut roda ke dan sebagainya.Pantang nmpak kawan beli mainan aku pun nak juga..Pastikan aku  pun nak main juga.hehhehe...Itu la tabiat buruk aku rasanyew....Aku rasa sonok la sangat bersama kawan-kawan,mak dan ayah..
  Ada satu ketika aku dengan keluarga pergi ke satu destinasi..Tempat tu memang aku tak cukup suka.Kalau mak aku keluar aku sanggup tunggu dalam kereta sebabnya aku takut kepada seorang wanita.Wanita ni pantang nampak aku pasti dia akan dekat pada aku..Dia sebut pada aku 'Shiema ni mak,ni mak'(sambil bagi duit)apa lagi duit aku x pasti ambil ke tidak sebab dah lupa,cuma aku ingat aku duduk jauh dari sudut yang dia dekati aku..Aku cam muka wanita itu sampai aku tak suka,memang aku x suka wanita itu...Wanita itu pernah juga datang ke rumah aku semata-mata nak jumpa aku...Aku dengan rasa x suka aku masuk bilik dan aku menjerit 'keluar....keluarr...keluarr....'aku pun tak tahu la apa yang mak dan juga ayah katakan pada dia...Aku anti dia...Boleh di katakan bukan pertama kali la dia datang,dah boleh di kira pakai jari...Tapi aku tak layan dan aku seperti biasa la masuk dalam bilik..Bila aku pergi kenduri dekat kawasan rumah wanita tu, pasti dia ada bila dia nampak aku pasti dia mendekati ku...Aku pun duduk la rapat dengan mak aku.Aku takut dengan wanita itu dan aku cukup tak suka.......
  Umur ku dah mula meningkat..Masa tu aku dah darjah lima..Selama ini aku tak reti membaca hanya reti menulis,bila kerja sekolah aku suka meniru.Bila mak tnya kerja sekolah ada ke tak ada,aku pun menjawab tak ada...Apa bila rahsia aku dah terbongkar masih tak reti membaca,akak jiran aku bernama Siti,memang kawan rapat dia lah mengajar aku.Dia suruh ayah ku belikan buku kamus yang ada gambar-gambar.Akhirnya dia ajar ku,aku dah mula pandai membaca..Bayangkan aku mula membaca darjah 5..Alhamdullilah la masu tu aku reti membaca sebab darjah enam aku UPSR.Ayah aku pun berterima kasih pada akak tu dan bagi duit kat dia kalau tak silap..huhuhu...
  Bila aku mula dah pandai membaca segala ilmu di kepala ku dah boleh masuk la.hahhaaa...nak meniru pun dah tak sangat la...Masa aku darjah 5, cikgu ada minta surat beranak kepada anak-anak murid nye termasuk la aku..Aku pun minta la pada ayah,ayah bagi pada aku kemudian aku beri kepada cikgu..Sebelum aku beri kepada cikgu aku baca la dekat kertas tu di dalam kelas,kawan-kawan aku pun mendekati pada aku dia pun turut baca sama..Masing-masing tunjukkn surat beranak masing-masing..Dulu aku tak reti membaca,sekarang aku dah reti.Bila aku membaca dekat kertas tu,aku baca perkataan paling atas kira tajuk besar la yang mengatakan Sijil Pengesahan Anak Angkat...Perbezaan tajuk di kertas itu tak sama dengan kertas kawan ku.Dorang sijil kelahiran,kawan aku no 7 digit,aku 6digit.Kertas dorang saiz kecil dan panjang manakala kertas aku besar..Perbezaan memang ketara dan x sama...Betapa hibanya aku rasa masa tu.Kawan-kawan pun bertanya betol ke kau anak angkat shiema.Aku diam je..sebak di dada aku ini..Walauupun tak keluar airmata..Aku beri pada cikgu pun dia ada cakap juga aku ini anak angkat..Aku cukup marah..Balik dr sekolah aku terus mengadu pada ayah 'betol ke shiema ni anak angkat ayah'ayah jawab 'mana ada sapa cakap bagi tahu ayah'.Aku pun diam tak nak di panjang kan cerita.Ayah kata 'Shiema anak ayah jangan dengar apa orang kata...Aku simpan sedikit kesedihan itu.
  Masa berlalu hari berganti hari, tiba la sampai hari lebaran...Masa tu umur ku darjah enam..Aku cukup suka pergi beraya maklum la nk kumpul duit raya,hati pun masih budak-budak lagi kan...Aku mengumpul duit sehingga kan nak pergi beraya pun suruh ayah pergi rumah orang kaya-kaya je.Masa tu dlam pemikiran dapat duit lebih...hehheheh...Tapi dalam kegembiraan  aku turut bersedih juga kerana aku beraya bersama keluarga aku di rumah sedara yang tak berapa rapat snagt dia ada mngatakan ayat yang sangat menusuk ke kalbuku..ayat nye lebih kureng mcm ni..'Nie ke anak ko yang tu..tuu... ke Harun???'Aku pun diam je wat bodoh je angap benda ni tak ada aapa-apa.Lagi pun masa tu aku tak matang belum ada pemikiran lagi.....huh....
  Bila aku dah remaja pun aku makan hati lagi.Masa aku ikut mak aku pergi berubat kampung..Ada la seorang makcik ni dia kenal mak aku.Akua dengan mak aku duduk depan,dia duduk di belakang aku.Makcik tu dgn kawan dia,dia cakap dengan kawan nyew 'itu lah anak angkat orang ni'...Pehh..Bila aku dengar,rasa berasap je telinga ini..Mak aku diam la tapi tak tahu la dia dengar ke tidak..Tapi bila aku dengar dorang cakap mcm tu dengan suara slow memang rasa sebak je masa tu..Tuhan je yang tahu....
  Raya datang lagi,huh....Aku pergi rumah sedara masa tu dengan mak dan adik.....sudah berjumpa sedara mara di rumah Kak young aku,sedara aku yang lagi satu ajak aku pergi tidur rumah nye..jadi aku pun pergi la tapi mak dan adik tak ikut.Bila dah malam aku pun terkejut dengan sedara aku,dia cakap dengan aku 'ko dah jumpa ke mak ko??'Aku pun heran dalam hatii berkata tadi yang dia jumpa tu saapa???bukan mak aku ker..Benda yang aku jadi tanda tanya dah terjawab..Aku pun buat-buat tahu je,aku cakap dengan sedara aku 'Tak jumpa lagi la Mak uda'..Memang aku ingat lagi sebutan itu..Aku pun diam je tak bagi tahu dekat mak aku,aku dah dapat satu kepastian daripada sedara aku...Tiba-tiba hati aku tersentuh dan terkenang pasal wanita yang aku sangat benci dan cukup tak suka pada dia...Aku dapat rasakan dia tu mak kandung aku...Hati aku dapat merasakan dia mak aku...Tapi aku nak kepastian..Aku g tanya kawan-kawan aku yang duduk dengan rumah wanita tersebut.Kirany aku nak siasat sendiri..Sebab bila aku dah dewasa aku membelek kertas sijil pengesahan anak angkat...Aku pikir-pikir ,imbas kembali apa yang aku rasakan sebelom ini....Masa ni aku menangis keseorangan,mngalir airmata dengan laju nya...Aku je dapat merasakan masa tu...
  Lepas aku PLKN tahun 2006,baru la aku dapat tahu dari family aku sendiri...Dorang mngatakan yang aku ni sebenarnya siapa...Tanda tnya aku selama ini dan kesedihan aku selama ini dah terjawab yang sebenarnya aku anak angkat...Aku sangat rasa bersyukur masa tu sebab segala persoalan akuu dr kecil hingga ke besar dah terjawab..Tapi aku cukup sedih kerana  aku dapat tahu daripada orang lain bukan dari mulut keluarga aku..Itu je yang aku tak suka...Aku memang berasa sedih...Bila aku dah tahu aku bukan macam orang lain atau pun macam dalam cerita yang tak terima kenyataan..Aku terima kenyataan semua ini dan aku tak lari rumah..Aku masih berfikiran waras sebab tu aku tak buat benda yang bukan-bukan..Mak dan ayah aku nak bagi tahu dekat aku sapa sebenarnya aku,tapi dorang takut aku tak boleh terima kenyataan sebab tu dorang tak bagi tahu awal-awal...Masa ni aku mengalir airmata x seperti dahulu.Airmata kegembiraan bercampur sedih jugak la...hehehe.....
  Selama ini aku merasa sedey dan kecewa apa yang orang perkatakan pasal anak angkat,aku dengar dari mulut orang bukan dari mulut family...Wanita yang aku benci ada lah mak aku sendiri...Walaupun aku anak angkat,aku tetap sayang pada keluarga angkat ku...Aku aakan balas jasa-jasa mereka dan aku akan jaga adik aku...
  Walaupun aku tak berapa habis korek salahsilah keluarga kandung aku.Aku tetap ingat dorang cuma kasih dan sayang itu tak ada..Pada mak kandung aku,aku cuma kenang kan dia melahirkan aku je...Setahun sekali aku jenguk dia ataupn setahun dua kali....Aku nak pangil nama mak dekat dia pun aku kaku tapi sekarang dah ok la cikit....Adik beradik kandung aku  ada 5 orang aku yang bongsu..Aku dah jumpa 4 orang adik beradik atas aku tahun lepas..Aku jumpa abah aku tu pun tahun lepas..First time aku jumpa dia...Bayangkan umurku dah 23thn baru jumpa abah aku..Mak dan abah aku dah bercerai...Abah aku ni jenis kawen cerai, kawen cerai sehingga la dah masuk bini yang ke 3..anak bersepah-sepah termasuk la aku d berikan pada keluarga sekarang..Mak aku jadi tak berapa normal dari segi mental di sebab kan bapak aku yang macamtu...Aku pun dah jumpa mak tiri,dan kakak tiri aku,aku cuma melihat saja...Janji bagi aku, aku dapat tahu mana keluarga betol aku...
  Aku memang benci pada abah kandung aku,aku x suka dia..walaupaun aku nikah aku x nak dia walikan aku.....Aku taks suka dan kalau boleh aku tak nak sebut dia abah aku,lidah aku ni keras nak sebut nama tu...Sebab apa aku jadi begini kerana dia jumpa aku x nk teggur aku..Aku yang tegur dia...Dah kali ke3 aku jumpa dia masa kakak kandung aku kawen 12.2.2012.....Dia tak tegur aku.Aku memang tak perasan dia tapi mak kandung aku tunjuk pada aku tu bapak aku..Dia memaling  tak memandang aku....kejam sangat ke aku ni..Aku ni bukan anak dia ke sampai dia wat mcam tu,aku dekat dengan dia dan salam pastu aku terus balik..Walaupun mak kandung aku n mak angkat aku tengaok aku ok tapi sebenarnya aku berasa sedih sngat-sangt..Hanya Tuhan je yang tahu...Masa kali ke 2 pun dia nmpak aku pun tak tegur...Tak apa lah...Aku redha semua ni cuma aku dah mula benci dengan abah kandung aku..
  Kalau aku nak kawen aku pun tak tahu nak kata apa..Kalau boleh aku tak nak cari dia....Tapi bila aku dah kawin nanti bila mak dan ayah angkat aku uzur dan tak larat,aku nak bela dorang..Aku nak balas jasa baik dorang...Aku nak jaga dorang sampai akhir hayat dan adik aku akan jaga dia smpai dia dah berumahtangga..Tanpa dorang sapa lah aku dan mungkin aku tak hidup begini..Mungkin semua ini ada hikmahnya..Aku hanya berdoa semoga keluarga angkat ku dan mak dan abg kandungku sihat..Amin........
  Aku cukup berbangga yang aku ada 2 mak dan 1 ayah (abah aku tak masuk buku dalam hidupku)...kepada yang senasib dengan ku harap semuanya tabah menghadapi segal ujian dr yang maha Esa...Cuma yang kusut dr pikiran aku adik aku yang aku duduk di rumah keluarga angkat ni tak tahu lagi,siapa aku..Aku berdoa semoga dia terima aku sebagai kakak kandung nyew..Amin.....

No comments:

Post a Comment